Friday, August 17, 2007

1001 Celoteh - Pemulihan dan cabaran masa kini

Pemulihan adalah satu ayat yang amat mudah di ungkapkan. Akan tetapi bagi aku seorang bekas penagih dadah pemulihan bukanlah satu proses yang mudah seperti melafazkan perkataannya. Pemulihan adalah sepanjang hayat sama seperti penyakit kencing manis, darah tinggi dll kerana ia memerlukan rawatan sepanjang hayat. Pemulihan tidak hanya pada proses untuk melepaskan diri dari ketagihan (withdrawal) dadah sahaja. Pemulihan yang sebenarnya adalah selepas anda sudah dapat keluar dari kemelut dadah dan menghadapi dunia luar.
Bagi menghadapi dunia luar yang penuh pancaroba dan dugaan ramai yang tewas. Saya bukan mengadakan cerita kerana saya sendiri telah menghadapi keadaan dimana beberapa kali telah tewas dan mengambil dadah semula. Saya bernasib baik kerana "masih ada yang sayang " dan mengambil berat tentang pemulihan saya yang membuat saya kembali kedunia nyata semula. Proses pemulihan amat memerlukan penyertaan dari semua lapisan masyarakat termasuk Ketua Agama Cth: Imam, Sami dll,tokoh politik, Ketua masyarakat, Persatuan Bekas Penagih yang banyak ditubuhkan kini dan masyarakat setempat bagi menambah keberkesanan proses pemulihan seorang penagih. Akan tetapi dewasa ini saya melihat banyak persatuan atau NGO yang pada mulanya ditubuhkan bagi tujuan membantu bekas-bekas penagih telah menyimpang dari Objektifnya dengan mengutamakan agenda yang menguntungkan. Saya tidak menafikan bahawa kewangan amat penting dalam kehidupan hari ini. Lebih menyedihkan lagi ada pihak yang sanggup bercakaran dan memburukkan pihak lain yang sama matlamat. Demi Nama, Pangkat dan Wang ada pihak yang sanggup melupakan objektif penubuhan dan mempertaruhkan pemulihan ahlinya dan penagih dadah yang lain. Masing-masing enggan berkerjasama dan berkeras , mereka berpendapat hanya terapi atau cara yang di gunakan oleh persatuan mereka sahaja yang akan berjaya memulihkan penagih dadah. Bagi mereka pihak lain adalah musuh . Isshh!!! betul-betul saya tak faham kerana dalam 2007 masih ada orang yang berfikiran kolot dan sempit lagi. Apa pun saya berharap pihak yang berkenaan mari kita lupakan agenda sendiri dan berganding bahu menolong kawan-kawan kita dengan tidak mengira apa cara atau terapi yang digunakan asalkan dia bertujuan baik. sebelum mengundur diri saya meminta maaf sekira telah menyinggung perasaan mana-mana pihak. Niat saya adalah untuk menyeru kepada penyatuan bukan permusuhan.

No comments:

Banner #374

Bulletin Board

Kepada yang prihatin

Saya sedang dalam proses untuk mendaftarkan sebuah pertubuhan yang mempunyai hubungan dengan rangkaian di peringkat internasional & Asia (INPUD & ANPUD) bagi manafaat kepada bekas pengguna dadah & pengguna dadah.
Tujuan utama penubuhan adalah untuk menaikan taraf kumpulan sasaran dari aspek ekonomi, kesihatan, penampilan, pemulihan serta hak sebagai manusia ( Human Right).

Sekiranya tuan puan berminat menyertai saya atau menghulurkan bantuan dari sebarang bentuk ( wang, peralatan, kepakaran dll) bagi menjayakan usaha ini, sila hubungi saya (Mohamad Firdaus) di talian 012-458 0588 atau 04 399 9969.

Shoutbox

Anda perlukan bantuan ?
Anda mempunyai masalah tapi tidak tahu bagaimana dan kepada siapa perlu diluahkan ?
Anda tertekan, malu & takut pada stigma masyarakat?

Jangan biarkan semua ini menjadi penghalang kepada pemulihan anda.

Jangan khuatir anda tidak keseorangan, masih ramai yang sudi membantu.

Facebook Badge