Blog ini di wujudkan bagi tujuan memperkasakan Hak-hak orang mengguna dadah sama ada bekas pengguna mahupun yang masih aktif.
Friday, August 17, 2007
1001 Celoteh - Pemulihan dan cabaran masa kini
Bagi menghadapi dunia luar yang penuh pancaroba dan dugaan ramai yang tewas. Saya bukan mengadakan cerita kerana saya sendiri telah menghadapi keadaan dimana beberapa kali telah tewas dan mengambil dadah semula. Saya bernasib baik kerana "masih ada yang sayang " dan mengambil berat tentang pemulihan saya yang membuat saya kembali kedunia nyata semula. Proses pemulihan amat memerlukan penyertaan dari semua lapisan masyarakat termasuk Ketua Agama Cth: Imam, Sami dll,tokoh politik, Ketua masyarakat, Persatuan Bekas Penagih yang banyak ditubuhkan kini dan masyarakat setempat bagi menambah keberkesanan proses pemulihan seorang penagih. Akan tetapi dewasa ini saya melihat banyak persatuan atau NGO yang pada mulanya ditubuhkan bagi tujuan membantu bekas-bekas penagih telah menyimpang dari Objektifnya dengan mengutamakan agenda yang menguntungkan. Saya tidak menafikan bahawa kewangan amat penting dalam kehidupan hari ini. Lebih menyedihkan lagi ada pihak yang sanggup bercakaran dan memburukkan pihak lain yang sama matlamat. Demi Nama, Pangkat dan Wang ada pihak yang sanggup melupakan objektif penubuhan dan mempertaruhkan pemulihan ahlinya dan penagih dadah yang lain. Masing-masing enggan berkerjasama dan berkeras , mereka berpendapat hanya terapi atau cara yang di gunakan oleh persatuan mereka sahaja yang akan berjaya memulihkan penagih dadah. Bagi mereka pihak lain adalah musuh . Isshh!!! betul-betul saya tak faham kerana dalam 2007 masih ada orang yang berfikiran kolot dan sempit lagi. Apa pun saya berharap pihak yang berkenaan mari kita lupakan agenda sendiri dan berganding bahu menolong kawan-kawan kita dengan tidak mengira apa cara atau terapi yang digunakan asalkan dia bertujuan baik. sebelum mengundur diri saya meminta maaf sekira telah menyinggung perasaan mana-mana pihak. Niat saya adalah untuk menyeru kepada penyatuan bukan permusuhan.
Sunday, July 29, 2007
PENYALAHGUNAAN DADAH
Dewasa ini masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelbagai masyarakat di negara kita amat mencemaskan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Salah satu masalah sosial yang agak meruncing adalah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat khususnya Umat Islam. Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang sedia menagih tidak pula berkurangana atau sembuh. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menangani masalah ini yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untuk membasminya. Berhubungan dengan itu, kita juga telah dikejutkan dengan satu penyakit ‘kronik’ yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficency Virus) dan AIDS (Aquired Immune Deficency Syndrome). HIV sering dikaitkan dengan penagih dadah, ini kerana perkongsian alat suntikan dikalangan penagih dadah yang telah menyebabkan penularan penyakit ini.Walau pun kita semua benci kepada perkara ini, namun kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya untuk memulih dan menyelamatkan mereka yang terlibat ini dan berharap mereka akan insaf serta berusaha memulihkan diri sendiri.
Selamat Datang
Kepada Rakyat malaysia yang sering melayari blog lucah, sesekali singgah ler ke blog ini untuk menambah ilmu serta menyelami dan memahami dunia penagihan. Tujuannya adalah supaya kita sama-sama dapat menolong penagih dadah serta mengurangkan stigma terhadap penagih dadah.
APIT
Recovering Drug User
Bulletin Board
Saya sedang dalam proses untuk mendaftarkan sebuah pertubuhan yang mempunyai hubungan dengan rangkaian di peringkat internasional & Asia (INPUD & ANPUD) bagi manafaat kepada bekas pengguna dadah & pengguna dadah.
Sekiranya tuan puan berminat menyertai saya atau menghulurkan bantuan dari sebarang bentuk ( wang, peralatan, kepakaran dll) bagi menjayakan usaha ini, sila hubungi saya (Mohamad Firdaus) di talian 012-458 0588 atau 04 399 9969.
Shoutbox
Anda mempunyai masalah tapi tidak tahu bagaimana dan kepada siapa perlu diluahkan ?
Anda tertekan, malu & takut pada stigma masyarakat?
Jangan biarkan semua ini menjadi penghalang kepada pemulihan anda.
Jangan khuatir anda tidak keseorangan, masih ramai yang sudi membantu.